SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Permulaan

Sekolah ini asalnya sebagai cawangan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram. Jauh dari sekolah pusat ini lebih kurang 2 batu. Bangunan sekolah ini mula didirikan pada 18hb.Januari 1953, terletak di atas tanah yang luas 2 ekar 11 pole sahaja. Bangunan sekolah ini dibina oleh orang kampung ini sendiri secara gotong-royong. Pada mulanya, lantainya hanya tanah biasa. Rumah guru hanya tiga  bilik darjah sahaja. 
Guru yang mula-mula menjadi guru pengawas ialah cikgu Ahmad bin Harun. Guru Besarnya tetap di sekolah pusat, beliau ialah Encik Md. Nor Bin Thambi Ramai muridnya 80 orang dari darjah 1 hingga darjah 3. Pada 24hb,Jun,1953 sekolah telah runtuh akibat dipukul oleh ribut kencang pada malam hari jam 11 malam. Murid-murid dipindahkan ke bilik bacaan kampung ini. Setelah itu, orang kampung disini telah membaiki semula bangunan sekolah yang runtuh itu dan akhirnya murid-murid dapat belajar semula pada 13hb, September,1953. 
Pada 7hb, September,1953 telah diadakan upacara perasmian sekolah ini sebagai cawangan Sekolah Sungai Tiram oleh Penolong Pengawai Daerah Dinding, Lumut.

PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN 
Dari masa ke semasa murid sekolah ini telah bertambah. Pelbagai faktor yang memyebabnya terjadi. Pertama ialah kerana ramai orang Melayu telah berhijrah ke daerah ini untuk membuka tanah baru, akibat dari ini murid-murid telah bertambah jumlah pada tahun 1954 seramai 84 orang murid. Pada tahun 1955 bertambah lagi menjadi 91 orang murid dan tahun 1957 menjadi 96 orang murid. 
Pada tahun 1957, sekolah ini telah berpisah dengan Sekolah Sungai Tiram dan sejak dari masa itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh, Lekir, Sitiawan. Bermula dari 1hb.Mei,1957 Guru Besarnya yang pertama ialah Encik Zainal Abidin Bin Md. Amin.
Oleh kerana jumlah penduduknya telah betambah  ramai , dan jalan raya dari Sitiawan ke kampung telah dibona dengan baik  maka perubahan sekolah terjejas. Desakan daripada pihak ibu bapa telah berlaku beberapa kali untuk mendesak kerajaan supaya mendirikan segera bangunan baru bagi menampung jumlah pelajar untu belajar di sekolah yang lama itu pada hal kanak-kanak telah bertambah ramai. Nasib baik murid yang ramai itu telah dapat menumpang di Sekolah Agama Rakyat di kampung ini. 
Usaha-usaha telah dijalankan bagi mendirikan sekolah ini pada 1hb.Julai 1964. Pembinaan sekolah baru pun mula dengan membina sebanyak 4 bilik darjah. Walaupun kerajaan telah mendirikan sebanyak 4 buah bilik darjah itu, murid-murid sekolah ini masih lagi menggunakan bilik di Sekolah Agama Rakyat di kampung ini. Pada tahun 1965, iaitu pada 3hb. April 1965, telah diadakan perasmian sekolah ini oleh YB En. Mohd Khir Bin Johari Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Pada masa itu, jumlah murid meningkat sebanyak 241 orang. 
PERTAMBAHAN PEMBINAAN BANGUNAN
Oleh kerana jumlah murid semakin bertambah banyak disebabkan satu rancangan baru pula terpaksa dijalankan dengan mendesak mendirikan bangunan tambahan. Pada bulan Jun 1974 sebuah bangunan tambahan telah dibina iaitu sebanyak 6 bilik darjah , bilik air untuk murid lelaki dan perempuan serta sebuah pejabat Guru Besar.
Pada tahun 1975 murid sekolah ini bertambah menjadi seramai 363 orang gurunya seramai 14 orang. Pada 14hb. February,1976 pembukaan rasmi bangunan tambahan ini dilakukan oleh YB. DR. Mahathir Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu. Pada 1980 murid akan bertambah berdasarkan faktor penduduk tempatan yang semakin bertambah.
Pada tahun 1986 sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina di bawah Projek Gotong-royong berharga RM50,000.00. Dalam tahun 1989 sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah berharga RM50,000.00 dibina juga dibawah Projek Gotong-royong. Disamping itu, pada tahun yang sama sebuah Asrama Desa berharga RM50,000.00 juga dibina di bawah Projek Gotong-royong. Asrama ini menempatkan 40 orang murid lelaki daripada tahun 4 ke tahun 6 yang memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Asrama Desa. Asrama Desa ini  dikenali juga dengan nama Asrama Desa Semai Budi.
Dalam tahun 1991 sebuah lagi bangunan tambahan mengandungi 4 bilik darjah dibina. Sekolah juga telah mendapat sebuah Pusat Sumber di bawah tajaan Bank Dunia berharga RM150,000.00 pada tahun1991. Kini sekolah ini mengandungi 6 blok bangunan satu tingkat yang terdiri daripada 5 blok bangunan bilik darjah dan satu blok blok bangunan Pusat Sumber. Pada hari ini seramai 567 orang murid belajar di sekolah ini dengan 35 orang guru dan seramai 6 orang kakitangan sokongan.
Adalah dijangkakan bilangan murid sekolah ini akan bertambah lagi pada tahun-tahun akan datang memandangkan kawasan sekitarnya yang sedang pesat membangun.


Pembukaan Rasmi
SK BATU SEPULUH , LEKIR , SITIAWAN , PERAK
OLEH Menteri Pelajaran Malaysia
Tan Sri Mohamed Khir Johari

Pada 3 April 1965

 Tan Sri Mohamed Khir Johari. Tujuh dari kiri

Perasmian Bangunan Tambahan Baru Oleh:
YB Dr. Mahathir bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia

14 Februari 1976










    No comments:

    Post a Comment

    PROGRAM AMALAN GURU PENYANYANG 2018

    TAJUK : PROGRAM AMALAN GURU PENYANYANG 2018 TARIKH : 10 JANUARI 2018 TEMPAT : SK BATU SEPULUH