Tuesday, November 14, 2017

PROGRAM RIADAH BOWLING

TAJUK: PROGRAM RIADAH BOWLING PELAJAR ASRAMA
TARIKH :14 NOVEMBER 2017
TEMPAT : PUSAT BOWLING SITIAWAN



Thursday, November 9, 2017

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

TAJUK : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TARIKH : 8 NOVEMBER 2017
TEMPAT : DEWAN SK BATU SEPULUH















Sunday, October 29, 2017

PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH (TS25)

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS 25 )



PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH



Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  •          Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •          Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  •          Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  •          Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
  •       Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  •    Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  •   Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan Teras TS25


Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu
  •             Memantapkan kepimpinan sekolah
  •     Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  •            Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
  •          Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  •          Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  •          Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  •          Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  •          Komitmen komuniti yang padu.





















KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




PENGENALAN

Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 19 Februari 2015 telah meluluskan cadangan Kementrian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) di 100 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.

Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) ini merupakan replika Sekolah Amanah (dijalankan oleh LeapEd : anak syarikat Yayasan Amanah).

Objektif Sekolah Transformasi ialah :
  1. Mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik sekolah Amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah.
  2. Membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstruktur kepada Pembimbing Kepimpinan (PK) dan Pembimbing Pedagogi serta pemimpin sekolah tarnsformasi. pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM : dan 
  3. Menggalakan mengamalkan :
  • pembelajaran murid secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid.
  • pembangunan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan, iklim bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan.
  • pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid, peningkatan capaian dan penggunaan ICT.
  • penglibatan aktif komuniti setempat.

Konsep Sekolah Transformasi






Satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajarab yang menyeronokkkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan, guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.

Taburan sekolah Transformasi 2015.




Pelaksanaan program ini turut melibatkan Rakan ELIT daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang terlibat.

Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 19 Februari 2015 telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PRESTASI) di 100 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara. SK LOSONG merupakan slaha satu daripada enam buah sekolah di Terengganu yang terpilih menjadi Sekolah Transformasi.


Sekolah Transformasi merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul melalui pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajarn murid yang aktif dan bermakna. Program ini akan disokong dengan kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Pelaksanaan pelaksanaan ini turut melibatkan Rakan ELIT yang terdiri daripad Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah yang terlibat.

Sunday, October 22, 2017

HARI SUKAN NEGARA

TAJUK : HARI SUKAN NEGARA
TARIKH : 13 OKTOBER 2017
TEMPAT : DEWAN SK BATU SEPULUH
















PROGRAM RIADAH BOWLING

TAJUK: PROGRAM RIADAH BOWLING PELAJAR ASRAMA TARIKH :14 NOVEMBER 2017 TEMPAT : PUSAT BOWLING SITIAWAN